Tuesday, October 25, 2011

Jika anda berhadapan dengan sesorang....

Pada suatu hari, anda berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta yang hampir kehabisan. Di dalam, dompet anda hanya terdapat RM100. Selepas mengisi minyak Rm50, baki di dalam dompet hanyalah RM50. Baki di dalam bank pula hanyalah RM8 di sebabkan perbelanjaan anda sepanjang bulan tersebut.

Tiba-tiba, datang seorang perempuan berumur berpakaian baju kurung menghampiri diri anda. Beliau meminta sedikit wang untuk tabung pembinaan asrama anak-anak yatim di suatu tempat yang dinyatakan di resit apabila anda membayarnya.

Bagaimanakah reaksi anda menghadapi perempuan tersebut?

No comments:

Post a Comment