Monday, December 27, 2010

saya mahukan broadband baru...

baru je minggu lepas ak gi terminate maxis broadband lm kt cheras leisure mall..adoii dahla charge mahal, maxis centre xnk jauh plk an...cukup setahun ak gunakan maxis bb dengan charge yg mahal iaitu RM98 sebulan... mana la xselalu kena block sbb mahal sgt nak bayar..haha... so skrg ni ak masih survey lagi bb yg berpatutan utk digunakan....pilihan2 bb ak ialah:


Pilihan pertama: P1 Wimax
kelebihan: sangat laju di putrajaya tapi coverage dia xde kt miat...so kalau ak nk gunakan bb ms nk wat assignment xdptla ak gunakannya..
Pakej: Rm59-6gb-600kb


Pilihan kedua: Maxis Broadband
Pakej: 1)RM48-1.5gb
2)RM58-3gb
notes: ak agak fed up nk gunakan maxis sbb selalu sgt charge mahal..kalo kena block nk
activekan balik pun kena charge rm10. speed xdelah laju sgt cuma coverage je meluas. tapi ak balik kg xdpt gak guna sbb xde coverage..
kelebihan:ak blh gunakannya di miat..*wifi miat pun tahula lmbap mcm tahi unta

kalo korg ada maklumat utk share dengan ak,ak mengalu2kannya sebab ak nak wat pilihan yg terbaik supaya xrugi macam bb yg lm tu..thks...






Sunday, December 26, 2010

tahniah player Malaysia..


hari ini rakyat Malaysia boleh berbangga kerana pasukan bola sepak Malaysia berjaya mengharumkan nama negara di pentas Asia Tenggara sekali lagi dengan menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di bukit jalil.. ak kagum dengan pasukan muda Malaysia berjaya membalas dendam di atas kekalahan 5-1 tempoh hari.. tapi sedikit kekesalan terhadap penonton yang menyuluh laser ke arah player2 indon... tercalar sikit maruah Persatuan Bola Sepak Malaysia yg berjanji memberi kawalan ketat kpd setiap pyokong sama ada di pihak Malaysia mahupun Indonesia.. komfem media2 indonesia akan menjadikan pancaran laser ni sbg punca utama kekalahan mereka..tapi dah M,sia memang kuat an...terima jela kekalahan.. tu la belagak sgt belasah M,sia... harap2 M,sia menang lagi skali kat sana...baru padan muka indon..huhu...

taktik berkesan untuk menang perlawanan di Gelora Bung Karno:

1)defend kena clearance cepat...jgn dok gentel bola lama2 kt kawasan m,sia..
2)bek kiri, asrarudin putra kena lebih confident lawan ngn midfield indon..
3)midfield kena lebih agresif....jangan bagi kapten indon,firman utina control ball, jgn bagi okto bawa bola lama sangat...
4)kunalan dapat bola cross jela..toksah gelecek selalu..kalo lepas xpe..ni asik tjatuh cam lutut lembik je..aha
5)amirulhadi kena lebih hantaran sm cam kunalan...kalo x ashaari men la top 11 sbb dia perform men..ahah
6)striker well done..dapt peluang rambat..dpt bola rembat..dpt kepala markus tu rembat trus masuk goal...

sasaran jaringan:

MALAYSIA 2 INDONESIA 0
agregat(5-0)




Thursday, December 2, 2010

Sejarah Palestin Dan israel


Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka.

Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.

Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.

Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.

Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.

Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).

Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.

Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.

Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.

Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.

Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.

Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan.

Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan 'fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.

Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.

Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.

Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.

Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.

Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.

Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.

Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.

Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.

Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.

Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.

Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.

Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.

Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.

Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.

Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.

Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.

Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut.

Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.

Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:

"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"

"Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!"

"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.

British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.

Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.

Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"

Lord Curzon menjawab, "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam".

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.

Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri.

Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler.

Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.

Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel.

Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.

Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.

Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.

Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.

Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.

Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.

Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.

Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.

Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.

Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.

Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.

Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.

Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan. Sumber~ iluvislam.com

Tuesday, November 30, 2010

Kematian Azula...

~Rest in peace~
='(

Emm,xsangka harini adalah hari kematian bagi Azula... Pagi tadi tengok dlm sangkar dia hepi j dengan Zoku...Tapi bila menjelang petang, ak sangat terkejut bila melihat dia telah terbaring kaku... Maafkan ak kerana xdapat menjaga kau sampai besar macam mishi2 dan ashiteru.. Ak sedih dengan pemergian kau.. ='( mungkin Zoku pun sedih sebab dia dah xde teman untuk bermain,utk tidur sama2 dgn kau masa korg kesejukan dan ak akan rindu utk lihat korg bersama...
tinggal kenangan...

Zuko yang rindukan Azula..

Sunday, November 28, 2010

success


The man who makes a success of an important venture never wails for the crowd. He strikes out for himself. It takes nerve, it takes a great lot of grit, but the man that succeeds has both. Anyone can fail. The public admires the man who has enough confidence in himself to take a chance. These chances are the main things after all. The man who tries to succeed must expect to be criticized. Nothing important was ever done but the greater number consulted previously doubted the possibility. Success is the accomplishment of that which most people think can't be done.
-Shabab Al-Shuj'a-

Thursday, November 25, 2010

sukan asia,jpam, Adamaya...

I suppose did not have time to write at this blog space.But this time I took the time to talk about my daily diary since the start of the semester break. This time I'm waiting because I was so tired during the study struggled to answer the final exam. Everyday even if I sleep late, I still would wake up early in the morning.(May have been a daily routine since I was in school first). I shall continue down the stairs into the living room and open the television. No other transmission is not necessarily the Astro Arena and channels 820-826. I was so excited to watch the 2010 Asian Games in Guangzhou, China.Malaysia has targeted nine gold medals to be brought back to Kuala Lumpur. I was so nervous to follow the track cycling event involving riders from Malaysia as Azizulhasni Awang, Josiah Ng and Rizal Tisin. Thank God, Malaysia to bring home gold medals from the sport bike trek through Azizul Hasni on the last day of the event contested. On the 25th November 2010 was a historic moment for Malaysians as the target of nine gold medals successfully embraced by Malaysia athletes.Congratulations to them as did the country proud in the eyes of Asia. But I feel a little dissapointed because the Malaysia team failed to grab the gold medal hockey and also failed to get an automatic ticket to the London 2012 Olympic games.I guess they do not work hard in the final and Pakistan teams have taken advantage of the weakness.


Before I forget, I want to tell the experience that is not useful for 3 days I attended camp civil defence department (JPAM).Maybe I'm normal at the studying through RMC. In my heart infusion think they want to emulate, such as military force, but not be as expected.Things I hate the most is the haircut of Tok Uban direction. Kecik has saved me from my hair to be bald. Its activities are very boring so I feel very lazy to do it. I feel relieved to not be a leader for this time.Thanks to shazlee @ Yemen boy because he was willing to take the place of me. You have done a good job at all. hehe. There is also a new experience that I can learn at this camp, especially how to tie a rope and I had to soak in the lake in the early morning at 0400.hahaha.Gobi have a rude attitude for not keeping the area so I had to soak in the lake. Cesss.. Bloody hell punya gobi..


Finally, yesterday I was watching Adamaya episodes drama .I was strange because many of my friends are excited to watch this story. EMM .. I just finished watching this story until the fourth episode. Normally, I'm a bit slow when watching the episodes because I always feel sleepy. Hopefully I can finish this story as soon as possible.. will be~




Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran,ketupat dan lemang

Selamat Hari Raya , maaf zahir dan batin kpd keluarga tercinta, belah perak-belah kedah, huhu.. semoga anda xsabau menuggu keluarga kami balik ke kampung.. Juga xlupa kepada bekas guru dan lecturer yg pernah mengajar sy terutamanya di MIAT , Sir Mazalan, Sir Zailani, Madam Zawiyah, Madam Azlina, Madam Sahzilawati. Maaf jika assignment anda diabaikan..hehe ikhlas dari hati ini... Selamat hari raya jg kepada bekas guru di MTD, Ma,am Ruslida, Ustaz Hassan, Ma,am Suhaziza, Cikgu Mahen, Ma,am Fariza, Cikgu Saiful, Ma,am Rohana, Kapt. Fatimah, dan juga Ma,am Huda. maaf jika tidak tertulis kerana terlalu ramai yg sudi mengajar saya. Ilmu yg dipelajari akan sy pegang smpai ke negeri China..hehe.. Kepada rakan2 di sebilik di MIAT, Meor,Jawa, dan Azwan semoga raya ini raya paling bermakna anda.. makan ketupat, lemang jgn lupa simpan utk dibawa balik mkn bersama aku nant..haahaa.. Meor, jgn lupa berlatih PES secukupnya masa cuti ni... Jawa maaflah selalu kutuk chocolate chips@remote control ko, sbb distitulah keceriaan bilik bermula,tanpa anda sunyilah 01-02-04. dan kepada Azwan Shah, jgn makan lontong lebih2..ehemm ehem,, maklumlah niat anda utk jadi tough seperti rakan2 bilik anda..hehe...Lepas cuti, kita mulakan sesi fitness kita ok... Kepada rakan2 MIAT, UniKL Micet, UniKL Mimet, UniKL BMI, UniKL RCMP, UniKL MSI, Kolej Mara Kulim, dan juga MTD selamat hari raya maaf zahir batin.. semoga lebaran kali ini membawa keinsafan dan kemaafan kepada kita.
Selamat Hari Raya kpd sahabat di
Malaysia Institute of Aviation Technology
Salam lebaran kepada semua sahabat handai

Maaf Zahir Batin kpd guru2 dan FORTS family

Raya tahun ni first time ak bw kereta pulang ke kampung... Insyaallah lepas solat jumaat baru gerak ke kampung...semoga semuanya selamat dan xde kesesakan lalu lintas.... Mishi-Mishi dan Ashiteru xtau nk bw mcm mn.... kalo tinggal nanti pelet habis pulak..sian dorg kebuluran... apepun salam lebaran semua... mitak maaf terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan..harap2 dimaafkan...