Monday, March 7, 2011

Tiada cinta sebelum kahwin


-Cintailah Allah, nescaya cinta pasangan solehah turut kau miliki-

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redai,ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan.Justeru, untuk apa menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang ia jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilang kemanisan.

Riwayat Hakim,Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain:

Maksudnya:"Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah seorang yang syahid''

''Sesiapa yang jatuh cinta,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia,maka dia adalah seorang yang syahid''


Maksudnya: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyayang hati(kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertakwa.
(Surah al-Furqan 25:74)

Kepada setiap dugaan mendatang selepas ini,kuungkapkan, ''Maaf, aku dah ada pilihan,'' Dan pilihan yang kumaksudkan ialah pilihan untuk terus belajar dan menggapai cita-cita. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: '' Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: Kerana hartanya dan kerana keturunanya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.''

Renungkan sahabat dan kawan2, jika anda bercinta dan berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat,yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kamu pastinya. Nauzubillah!

No comments:

Post a Comment